|
Kita
tempat ke-9 rendah kes rasuah
BERITA HARIAN - 25 MAY 2007
KUALA
LUMPUR: Hasil kajian Transparency International meletakkan Malaysia
pada kedudukan kesembilan daripada 62 negara yang mencatatkan kadar
rasuah paling rendah dalam sistem perundangan sepanjang tahun lalu.
Laporan
kajian itu dikeluarkan di sini, semalam, turut meletakkan Denmark
sebagai negara paling rendah mencatatkan kadar rasuah dalam sistem
berkenaan.
Selain itu, Singapura adalah antara dua negara Asia
yang tersenarai dalam kedudukan 10 negara paling rendah mencatatkan
jenayah berkenaan. Negara jiran itu berada pada kedudukan
kedua.
Negara lain yang turut disenaraikan ialah Sweden,
Finland, Norway, Jerman, Switzerland, Luxemborg dan
Iceland.
Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri
Ramon Navaratnam yang mengumumkan hasil kajian itu, berkata pihaknya
mengalu-alukan hasil kajian berkenaan yang memilih sistem perundangan
semua negara terbabit sebagai fokus penyelidikan.
Katanya,
setiap tahun tumpuan kajian rasuah badan antarabangsa itu berbeza dan
untuk tahun lalu ia memfokuskan kepada sistem perundangan.
“Fokus
kajian dibahagikan kepada dua jenis iaitu campur tangan politik
terhadap proses perundangan sama ada oleh kuasa eksekutif atau
legislatif kerajaan selain elemen suapan,” katanya pada pelancaran
Laporan Transparency International Global 2007 di Auditorium Majlis
Peguam, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden Institut
Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; Presiden Majlis Peguam,
Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Eksekutif Transparency International
Malaysia, Richard Yeoh.
Mengulas
lanjut, Navaratnam berkata hasil kajian itu agak longgar kerana tidak
dilakukan secara mendalam.
|