No One Has Ever Become Poor By Giving!

Laporan Kebocoran Data Peribadi daripada Sistem MySPR Mengejutkan. TI-Malaysia Gesa SPR Telus Dalam Siasatannya

Press Releases

Transparency International Malaysia (TI-M) sangat bimbang dengan corak kebocoran data yang berulang oleh agensi Kerajaan Malaysia yang diberi kuasa dan diamanahkan menjaga data peribadi rakyat.

Laporan media minggu lalu mendedahkan bahawa data dari sistem MySPR dijual secara terbuka di internet. Juga dilaporkan bahawa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri hanya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyiasat perkara tersebut.

Ini bukan kali pertama tular pada tahun ini berita mengenai penjualan maklumat sulit rakyat Malaysia yang dijual di domain awam. Ini merupakan masalah yang berulang dan isu nasional yang serius, namun tiada jaminan tindakan dan penyiasatan yang menyakinkan diberikan oleh kementerian dan agensi malah mereka saling menunding jari antara satu sama lain, kata Presiden TI-Malaysia.

Keselamatan data rakyat Malaysia telah diceroboh dan terjejas secara serius dari semasa ke semasa dan nampaknya terdapat kekurangan akauntabiliti dan komitmen yang ikhlas untuk mengenal pasti dan menangangi isu kebocoran ini. Paling penting apabila terdapat dakwaan berlakunya aktiviti rasuah yang membawa kepada kebocoran dan semua yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan atas perbuatan jenayah tersebut.

Rakyat perlu menggesa kerajaan sekarang dan kerajaan yang akan datang untuk memberikan komitmen terhadap privasi data dan keselamatan siber dan menolak mana-mana pihak tidak dapat bersaing dengan perkembangan teknologi terkini, bak kata pepatah seperti katak dibawah tempurung.

 

-Tamat-

 

Nota kepada Editor: Untuk penjelasan mengenai kenyataan ini daripada Transparency International – Malaysia (TI-M), sila rujuk Dr. Muhammad Mohan, Transparency International Malaysia (mmohan@transparency.org.my)