No One Has Ever Become Poor By Giving!

Events - FORUM ANTIRASUAH DAN TATACARA MENCUKUPI BAGI BADAN KORPORAT & PKS (SME) SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009

Transparency International Malaysia akan menganjurkan forum secara fizikal buat kali keenam bagi tahun 2022 di Johor Bahru, Johor berkenaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009! Kami berbesar hati ingin menjemput syarikat anda untuk menghantar wakil bagi menghadiri forum kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran yang dihadapi dan kisah kejayaan yang akan dikongsikan oleh barisan ahli panel yang dihormati mengenai penggunaan Tatacara Mencukupi.

Datanglah untuk belajar dengan lebih lanjut tentang Seksyen 17A Akta SPRM 2009 selepas ia berkuatkuasa pada 1 Jun 2020. Ikuti perkongsian menarik bersama penceramah/ahli panel kami mengenai pengalaman mereka dalam melaksanakan Tatacara Mencukupi yang berkesan dalam syarikat mereka. Sertai sesi soal jawab dengan penceramah kami tentang cabaran yang dihadapi oleh sektor Korporat dan PKS (SME) dalam mengadaptasi prinsip T.R.U.S.T.

Butiran forum adalah seperti berikut:
FORUM ANTIRASUAH DAN TATACARA MENCUKUPI BAGI BADAN KORPORAT & PKS (SME) SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009
🗓️ 10 Oktober 2022 (Isnin)
⏳ 9.00 am - 1.00 pm
📍 Bilik Rex - Amari Johor Bahru

Daftar melalui pautan di bawah
https://tinyurl.com/johorforum

Untuk maklumat lanjut hubungi kami di:
📞+603 7887 9505 | ti-malaysia@transparency.org.my