Rakyat Malaysia akan keluar mengundi dalam beberapa hari pada 19 November 2022 untuk memilih kerajaan Persekutuan yang baharu. Ini adalah sebahagian proses demokrasi kita di mana Rakyat memilih siapa yang akan memimpin negara untuk 5 tahun akan datang.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Dr Muhammad Mohan menyeru kerajaan yang akan datang supaya memberi keutamaan untuk memerangi rasuah dalam sebarang bentuk. Seruan ini di buat bukan secara ringan. Terdapat tanda-tanda yang mencukupi untuk memberitahu kita bahawa tahap rasuah adalah membimbangkan dan mesti ditangani dengan segera:
- Skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunan Transparency International telah menurun secara beransur-ansur sejak beberapa tahun lalu
- Seorang bekas Perdana Menteri kini dipenjarakan, setelah disabitkan kesalahan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram semasa memegang jawatan
- Kami melihat kerap kali terdapat laporan bahawa ahli politik, penjawat awam dan ahli perniagaan didakwa dan disabitkan atas kesalahan berkaitan rasuah
Kerajaan yang akan datang harus mengenal dan menerima keadaan ini. Sebaik sahaja di Putrajaya, manifesto dan janji parti menjadi perkara kedua, dengan dasar dan perundangan menjadi tumpuan. Jadi, apa yang boleh dilakukannya? TI-M memberi cadangan berikut yang pada pendapat kami adalah penting:
- Jadualkan Akta Pembiayaan Politik
- Melaksanakan Rancangan Pencegahan Rasuah Negara (NACP)
- Memperkukuhkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (2010)
- Asingkan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya
- Memastikan SPRM dapat berfungsi dengan berkesan dan bebas
Kerajaan yang mewakili Rakyat mesti bertanggungjawab dalam memastikan dana awam digunakan secara telus untuk kepentingan Rakyat. Amalkan toleransi sifar terhadap kebocoran, kerahsiaan, penyalahgunaan kuasa dan keuntungan peribadi. Apa-apa yang kurang akan menjadi kegagalan dalam usaha negara dalam peperangan terhadap rasuah.
-Tamat-
Nota kepada Editor: Untuk penjelasan mengenai kenyataan ini daripada Transparency International – Malaysia (TI-M), sila rujuk Dr. Muhammad Mohan, Transparency International Malaysia (mmohan@transparency.org.my)