No One Has Ever Become Poor By Giving!

TI-Malaysia Menyokong Pembentangan ‘Akta Pemecatan Ahli Parlimen’ (Recall Act)

Press Releases

Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) menyokong gesaan Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato 'Sri Azalina Othman untuk memperkenalkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk ‘Akta Pemecatan Ahli Parlimen’ (Recall Act).

Akta yang diusulkan berfungsi sebagai undang-undang bagi mencegah aktiviti lompat parti, yang telah lama disokong oleh pakar dan organisasi sivil seperti Bersih 2.0, kata Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia.

Selama dua tahun lepas, rakyat yang memilih kerajaan menerusi pilihanraya pada tahun 2018, telah dirampas kuasa dan hak mereka ketika dihadapkan dengan kerajaan yang tidak dipilih oleh mereka secara sah. Yang lebih menyedihkan ialah apabila sekutu dan kepemimpinan yang dimandatkan secara demokratik, semuanya dibuat olok-olok melalui aktiviti lompat parti, pecah amanah dan semangat kesetiaan yang kian luntur. Adalah wajar jika dikatakan bahawa rakyat ‘tidak diberi keutamaan dan melalui perjalanan yang sukar’ selama berbulan-bulan tanpa demokrasi berparlimen, pertukaran dua Perdana Menteri, satu pilihan raya negeri, pelbagai rombakan kabinet dan kisah akaun berkanun (statutory declaration) yang tidak terkira jumlahnya.

Demokrasi yang matang melibatkan institusi demokrasi yang kuat, dan bagi kita di Malaysia nampaknya undang-undang untuk mencegah lompat parti diperlukan untuk memberi kuasa semula ke tangan rakyat bagi menarik sokongan mereka daripada wakil rakyat yang telah mereka pilih yang secara tiba-tiba menukar kesetiaan.

Ini adalah wajar bagi memastikan pembaharuan yang terjanji dapat dijalankan secara adil dan fungsi pentadbiran awam terlaksana secara langsung.

Anggota Parlimen dan wakil rakyat bertanggungjawab kepada pengundi di kawasan masing-masing, dan mandat serta tugas yang diamanahkan kepada mereka, dan bukan kepada pemimpin parti, kumpulan tertentu dan janji-janji jawatan dan kemewahan.

 

 

-Tamat-

Note to Editors: For clarification on any and all official statements from Transparency International – Malaysia (TI-M), kindly refer to its President, Dr Muhammad Mohan (mmohan@transparency.org.my)