BIP Events
Liabiliti korporat merujuk kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009 - kesalahan oleh organisasi komersial. Peruntukan ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020. Berdasarkan peruntukan ini, organisasi komersial boleh didakwa dan dihukum sekiranya membenarkan pegawai/kakitangan mereka melakukan rasuah untuk memperoleh sesuatu projek atau mendapat apa-apa faedah bagi organisasi komersial itu. Sejauh dan sedalam mana pemahaman, kepentingan dan kesan Seksyen 17A ini terhadap liabiliti korporat yang benar-benar difahami oleh organisasi komersial. Transparency International Malaysia dengan kerjasama UNODC telah emganjurkan kursus bertajuk ‘Seksyen 17A: Pemahaman, Kepentingan dan Kesan Terhadap Liabiliti Korporat’ pada 21 Ogos 2023 bertempat di Hotel Amari Johor Bahru.