No One Has Ever Become Poor By Giving!

Pembaharuan Institusi Utama Tidak Termasuk dalam MOU Kerajaan & PH

Press Releases

Transparency International Malaysia (TI-M) mengalu-alukan dan memuji kerjasama antara Kerajaan dan Pembangkang di Parlimen melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 13 September 2021 untuk membantu proses memulihkan ekonomi dan reformasi Parlimen di Malaysia.


Kerjasama strategik ini adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah Malaysia dan merupakan langkah ke arah yang betul, setelah berbulan-bulan darurat, protes dan tunjuk perasaan serta demokrasi yang tergantung. Kami mengharapkan bahawa niat dan iktikad baik para penggubal undang-undang dari kedua-dua belah pihak akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang melalui sistem perundangan yang jelas dan juga kemahuan politik yang sebenarnya.


"Kami juga kecewa kerana 3 bidang pembaharuan utama yang telah diketengahkan dalam Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) dan pelbagai kenyataan dari Ahli Parlimen dan NGO, dalam beberapa bulan terakhir ini, tidak terkandung dalam MOU,” kata Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia.
Ketiga-tiga bidang utama tersebut adalah seperti berikut:

1. Akta Pembiayaan Politik: Rang Undang-Undang tersebut telah disiapkan tetapi mengapa nampaknya ada kurangnya inisiatif dan kemahuan politik dari kedua-dua pihak untuk menjayakannya?

2.Pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya: supaya tidak berlakunya salah guna kuasa dan mengurangkan konflik berkepentingan.

3. Penubuhan SPRM sebagai satu Suruhanjaya mengikut Perlembagaan: SPRM akan melapor secara telus ke Parlimen dan Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Parlimen. Pada masa ini, SPRM ditadbir di bawah Akta Parlimen dan Ketua Pesuruhjaya dipilih dan disyorkan oleh PM dan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Terdapat risiko campur tangan eksekutif dari parti politik yang berkuasa.


TI-Malaysia juga amat berhati-hati dan berwaspada dengan janji reformasi yang tidak mempunyai hasil yang jelas dan berkali-kali tertangguh oleh kedua-dua kerajaan dan beberapa Perdana Menteri sejak pilihan raya yang lalu.


Rakyat berhak mendapat sebuah Suruhanjaya yang bebas dan Pendakwa Raya yang cekap untuk mencegah rasuah, dan sebuah Parlimen profesional yang berintegriti.

- Tamat -

Note to Editors:

For clarification on any and all official statements from Transparency International–Malaysia (TI-M), kindly refer to its President, Dr Muhammad Mohan (mmohan@transparency.org.my)