No One Has Ever Become Poor By Giving!

TI-Malaysia Gesa Kerajaan Dedahkan Secara Umum Siasatan Kebocoran Data

Press Releases

Transparency International Malaysia (TI-M) sangat prihatin dan kecewa dengan kebocoran data yang didakwa baru-baru ini.

Selama pandemik sehingga tahun 2022, rakyat Malaysia telah bersabar dan dibiarkan dalam kegelapan bila adanya kebocoran data dan penjualan data peribadi di platform terbuka yang dilaporkan berulang kali dalam media. Pada masa itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memberitahu rakyat bahawa mereka sedang menyiasat perkara tersebut dan telah menyatakan bahawa kebocoran itu bukan berlaku dari Jabatan Pendaftaran Negara. Setengah tahun kemudian, kita masih tidak tahu status siasatan atau punca kebocoran tersebut.

Melangkah ke tahun baru, kita mendapati tuduhan baru mengenai pelanggaran dan kebocoran data peribadi. Kami mengambil maklum kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Fahmi Fadzil, dalam media sosialnya ada menyatakan, "Saya akan meminta CSM (Cyber Security Malaysia), PDPD (Jabatan Perlindungan Data Peribadi) untuk menyiasat sama ada terdapat kebocoran data yang melibatkan pihak-pihak yang terlibat dan mengambil tindakan".

TI-M sekali lagi menggesa kerajaan untuk melakukan tindakan yang lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu. Kerajaan Perpaduan harus memulai tahun ini dengan nota yang baru dan menetapkan pendekatan yang lebih telus dan mampan dalam menangani isu-isu keselamatan negara.

Pertama sekali, kita perlukan penyelesaian jangka panjang untuk privasi dan keselamatan data. Ia nampaknya berulang dan cenderung dilaporkan oleh media sebelum kerajaan mengambil langkah untuk memberitahu rakyat, sama ada ia melibatkan janji siasatan, atau penafian terus, kata Presiden TI-Malaysia, Muhammad Mohan.

Siasatan yang sebelum ini dijalankan dan sedang berlangsung adalah berkaitan dengan kepentingan negara. TI-M menggesa kerajaan untuk berkongsi secara telus dengan rakyat tentang segala keputusan siasatan terdahulu, apa tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, dan apa langkah pemulihan yang telah dilaksanakan dalam organisasi atau agensi yang terjejas. Metodologi yang sama harus dilaksanakan sepenuhnya untuk siasatan terhadap kebocoran data terbaru yang melibatkan data 12.5 juta orang Malaysia.

Rakyat telah mengundi umtuk perubahan. Perubahan itu mesti meluas melebihi nama orang-orang di belakang jawatan, dan kiriman di media sosial. Perubahan mesti dilihat dalam ketelusan dan kelestarian menangani krisis kepentingan negara.

 

Tamat

Nota kepada Editor: Untuk penjelasan mengenai mana-mana dan semua kenyataan rasmi daripada Transparency International – Malaysia (TI-M), sila rujuk kepada Presidennya, Dr Muhammad Mohan (mmohan@transparency.org.my )